Nak cuba nasib

Author: iena hamdi

Masa jelajah singgah blog kengkawan ada pulak satu pertandingan ala ala menulis esei(betul ke eja tah eh..).. ni first time iena nak masuk contest ni.. huhuhu harap2 ada la rezeki farid.. hahahha iena cuba yer N

Syarat pertama:
1.Anda cuma perlu ceritakan pengalaman anda semasa melahirkan anak sulung anda. Buatkan satu post khas mengenainya dan tidak kurang dari 48 patah perkataan.

iena percaya setiap insan bergilar isteri@ibu itu mempunyai pelbagai bagai pengalaman bersalin.. nak lagi anak sulung kan.. buat diri iena alhamdulillah my mum seorang jururawat dan bertugas memang di bahagian gynae di HKL... so tak der reason la kan untuk aku bersalin di sepital swasta... sedangkan tiap2 kali check up pun memang mak wat kan appoitment ngan Dr pakar... masa tu Dr Farouk now dia dah bertugas di hospital klang n tak silap dah dinaikan pangakat jadi ketua jabatan kot... yang manisnyer bukan iena yg tunggu dia tiap kali appoitment.. tapi dia yg selalu menunggu.. almaklum jauh juga dari sepang nak ke HKL kan.. dengan traffic jam lagik.. hehhehe thank n miss u Doc!!

iena di jangka due 30 mei 2002.. masa tu iena memang dah tak kerja.. n tengah aktif join MLM elken.. so sepanjang minggu (seminggu sebelum due) tu iena turun naik kl-jb-sepang-muar.. memang pack la.. n penat tapi tak terasa sangat mungkin sebab iena makan suppliment from elken kan..n tak perasan baby kurang gerak.. hinggalah 28b tu iena check up di klinik kesihatan sepang ke bdr br salak tinggi.. lupa la pulak.. kui kui kui..

memang 2 bulan terakhir Dr farouk suh iena check up di situ kerana dekat dgn rumah n tak nak iena travel banyak sgt konon2... then Dr check jadual tu mmg baby tak banyak gerak.. n iena pun br recall n baby mmg tak gerak sgt..

then Dr ask for going to HKL n refer pada gynae.. tp malas nak terus pergi.. yerlahh konon as long as baby masih gerak ok la kan... malam tu br kami gerak ke umah mak aku ni.. ehehe

esok pg lepas subuh tertido kejap.. then mak kejut jom g sepital.. then iena notis ada tompokan darah.. waduh.. panik gak tp panggil mak.. mak kata masa dah time.. apa lagi Mr H terus call opis kata tak g kerja.. masa on the way ke HKL masa tu kat roundabout jln pahang iena dah terasa first contraction... dah gigil gak..

yang kelakar tu air selusuh yang FIL watkan tertinggal kat umah kat sepang nun.. so iena just amik suppliment spirulina banyak2 la sebab tak da selera makan n nak bg ada tenaga..jam 10 dah masuk bilik.. masa tu memang mak dah book kan wad first class.. so tenang la sikit.. sambil borak2 ngan hubby.. then kul 12 tu mak suh abang g makan dulu tinggala iena sorang2 kat sepital..

jam 2 Dr masuk n tengok masih 2 cm tak bergerak.. sedangkan wat ctg baby tak gerak sangat.. baby awak ni besar ni.. kata Dr.. so dia cadangkan air ketuban dipecahkan.. wala wei.. lepas tu la baru penderitaan bermula..

aku terus call abag cepatla datang.. heheh bila dia sampai dia yg mula mengira sakit.. hahah yerla masa sakit tu dtg tiap2 20 minit kan ngeri.. aduh.. masa sakit tu habis dah semua surah baca.. hehehhe jam 4.30 ptg dimasukkan ke bilik bersalin.. masa tu mak yang temankan.. sebab abang konon seram.. nak pulak yang kosong bilik paling hujung.. then bila Dr farouk dtg chek jam 5 ptg dia kata ooo lama lagi ni.. masa tu br 4 cm.. saya balik umah dulu nanti saya dtg yer.. dia kata.. dia assume iena bersalin jam 9 malam...

kemudian mak n ayah pun balik umah dulu.. konon lepas maghrib la saing Dr farouk nak dtg balik.. hanya abg peneman setiaku.. masa tu sakit siap kata kat abg jom la operet.. tak tahan betul.. tapi mujur dia pun tak panik n sentiasa kuatkan semangat iena.. sambil2 tu iena di suruh bidan sedut gas yang memang dah standby tu kan.. namun masih sakit... kadang tu rasa nak tetido pun ada..

tapi bila dah jam 6.45 mcm tu iena mmg dah tak bule tahan.. i can feel that baby mmg dah nak keluar... iena suh abg cepat2 panggil bidan@ nurse.. masa tu panik semua sebab mmg kompom bukaan dah buak 9 cm.. aduh.. mak.. sakit masih terasa ni yu...

n alhamdulillah suami ke sentiasa tenang n sentiasa memberikan kata semangat pada aku sambil tak lepas genggam tangan ini... nak nak masa kepala baby dah kuar.. dia yg menjerit.. kepala dah kuar ma.. cepat ma... masa tu rasa mcm nak maki pun ada.. yer la kan tengah sakit... dia buleh wat lawak pulak.. ingat ni mesin ke leh suh kuar sesuka hati.. huhuh

alhamdulillah lepas 3 kali push... lahirlah Muhammad Farid Hisham seberat 3.66kg... masa tu tepat azan maghrib di sepital HKL yg bersebelahan wad bersalin tu.. syukur tak terhingga kerana impian iena untuk memilik anak sulung lelaki tercapai... berkat surah2 yang di amalkan..

masa call parents.. Dr farouk semua terkejut.. tak sangka cepat pulak.. ehehhehe

so sekian ajer untuk kali ni... inilah pengalaman bersainkan anak sulung kami..

Syarat ke dua
2.Ceritakan tentang hadiah ini di blog anda,



Mungkin ramai yang menggunakan jenama ini namun tidak kurang juga yang tidak pernah mendengarnya. Maka inilah peluang untuk mendapatkannya.
Namun terlintas dihati ibu nak beri pada siapa ye? Maka lebih baik ibu beri kepada pelawat-pelawat blog ibu yang setia membaca kisah ibu, Addin dan Nasa selama ini. hehehe...Walaubagaimanapun ibu hanya ada 3 kotak sabun 100g Rosewater buat masa ini. Maka ibu akan memberinya kepada sesiapa jua yang bertuah untuk mendapatkannya. Wangi ke? memang sangat wangi. Harga seketul sabun lebih kurang rm25 dan ke atas. Kewangiannya diakui oleh mereka yang biasa menggunakannya.

pada kengkawan yang nak try.. meh tengok sini

 

3 Responses to “Nak cuba nasib”

  1. shahliza94

    salam iena..berdebar2 gak baca p'galaman iena nih. hehehe..
    tingat citer sorang kawan akak, masa dia push tu..rasa cam nak sepak terajang hubby dia sebab dia yg wat member tu rasa sakit. klako kan..macam2 rasa ada.... tapi tetap x serik. ngeh 3X...


  2. ibu addin dan nasa

    N dah baca... semoga berjaya!


  3. neezareef

    good luck iena..tabah gak iena tahan sakit tuh...

    kelako je rsa nk sepak jew ek cam paksa suh cpt2 kuarkan budak ek..ehhehe


Leave a Reply

isamiena